Lagenda Presint 18 parkrun Episod 11 : Soo Hoe Hin Tak

 

uncle

 

1. Beritahu kami sedikit tentang diri anda dan kelab yang anda mewakili (jika ada)?

Saya Soo Hoe Hin Tak, berumur 54 tahun berasal dari Alor Setar. Saya mula berlari semenjak sekolah menengah bersama Alor Setar Jogging Club (ASJC). ASJC adalah kelab berjoging tertua di Alor Setar yang ditubuhkan pada tahun 1980.
Acara larian pertama saya adalah acara 'cross country' semasa sekolah menengah. Selain itu, saya juga terlibat dalam acara balapan seperti 400m, 800m dan 1500m sejak usia 14 tahun. Saya juga banyak terlibat dalam acara yang dianjurkan oleh Kelab Belia 4B dan masyarakat sejak 16 tahun.

2. Apakah persedian anda untuk parkrun?

Sekiranya saya tahu hari berikutnya adalah parkrunday, saya akan mempersiapkan diri dengan tidur awal dan bangun seawal pada jam 5.30 pagi, saya akan sampai di Presint 18 parkrun sekitar jam 6.30 pagi .Masa ini saya gunakan untuk pemanasan badan dan joging perlahan sejauh 2km hingga 4km sebelum acara parkrun bermula.

3. Apakah sejarah parkrun anda?

Saya mula terlibat dengan parkrun di Taman Pudu Ulu, tetapi lokasinya terlalu jauh untuk saya. Saya sangat teruja apabila mengetahui presint 18 akan mempunyai parkrun, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyertainya. Sehingga hari ini, saya telah melakukan 32 kali parkrun dan bertugas sebagai sukarelawan sebanyak 25 kali.

4. Selain jarak, mengapa Presint 18 parkrun menjadi pilihan anda ?

Saya sukakan Putrajaya terutamanya Presint 18 kerana persekitarannya menyediakan saya dengan laluan yang sangat baik dan mudah. Selain itu, lokasi parkrun mempunyai pemandangan tasik yang sangat baik dan udara segar di mana pelari mampu mencapai rekod masa yang baik juga.

5. Apakah harapan anda pada Presint 18?

Harapan saya adalah untuk semua orang menghabiskan masa dengan keluarga pada hujung minggu di Presint 18 parkrun Putrajaya.
Semua orang boleh berkongsi cerita pengalaman larian dan aktiviti seharian.
Saya harap parkrun di Presint 18 dapat terus maju jaya dan yang pasti Presint 18 parkrun Putrajaya akan terus menjadi sebahagian aktiviti wajib saya.

6. Apa yang akan anda katakan kepada peserta kali pertama ?

Kepada mereka yang kali pertama menyertai acara yang percuma ini, nikmati ia sehingga maksima tidak kira sama ada anda berjalan atau berjoging. Ini akan menjadikan anda sentiasa sihat, ceria dan juga memberi tenaga pada hujung minggu anda.
Selain itu, saya akan menggalakkan pendatang baru menjadi sukarelawan juga kerana kebahagiaan berkhidmat kepada orang ramai adalah hebat dan sukar untuk digambarkan dalam kata-kata.

7. Beritahu kami saat-saat yang tidak dapat dilupakan di parkrun.

Saya mempunyai banyak kenangan sejak saya menyertai parkrun, salah satu yang tidak dapat dilupakan adalah semasa Hari Raya Puasa, semua kawan-kawan Muslim memakai pakaian tradisional mereka untuk menyertai parkrun dan menikmati juadah raya selepas parkrun.
Masa istimewa ini turt dirakamkan oleh wartawan dan diterbitkan di akhbar tempatan serta dilaporkan di TV. Semua keindahan dan kemeriahan ini hanya akan berlaku di sini kerana kita hidup di negara yang aman dan harmoni ~~ Malaysia.

8. Apa pendapat anda mengenai sukarelawan di parkrun?

Saya berpendapat sukarelawan adalah teras utama parkrun. Aktiviti ini tidak akan berjaya tanpa mereka. Saya sentiasa menghargai sumbangan dan usaha dari sukarelawan semasa parkrun. Saya amat menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian sebagai sukarelawan.

⇐ Next