The Legends of Presint 18 parkrun Chapter 10: Khaidir Zakaria

2019-09-30 19_12_25-(3) Presint 18 parkrun, Putrajaya - Photos

1. Tell us a bit about yourself, Khaidir and the club you represent (if any)?

My name is Khaidir Bin Zakaria. I live at Precinct 11, Putrajaya. I am the founder of the PERMATA IHSAN Academy Putrajaya (formerly known as Putrajaya Caring Class) and also Putrajaya Park Runners Club (PPRC). In addition to running, I am also interested in horseback riding, mountain climbing, and traditional archery. The PPRC is part of the Permata Ihsan Academy. The main purpose of establishing this PPRC is to encourage all students and even family members of the academy to be active together on weekends like walking and running in a relaxed and consistent way. Precinct 18 parkrun is one of the best platforms. We want all of our students to practice a healthy lifestyle and be active in and outside of the classroom. The PPRC is also open to all Putrajaya Community residents who want a healthy and balanced lifestyle.

 

2. How did you find out about parkrun? and parkrun Malaysia? What was your first experience of parkrun?

I accidentally found out about parkrun through STRAVA application account (Putrajaya Running Buddies) from Pak Engku Raja. I used to run around the Saujana Hijau Park and surrounding parks in Putrajaya, either solo or with friends, once in a while. I started joining Precinct18 parkrun, on Jan 1, 2019. After visiting the parkrun.my/presint18 website and read the participation guide, I immediately register my children and my wife. Since then, we have always trying to join parkrun consistently. 

 

3. What do you like most about parkrun?

What I love most about parkrun is the spirit of the volunteering team that is very committed in organising the parkrun activity every Saturday morning. It also made me eager to attend. In addition, the parkrun is also not far from where we live and running alongside the lake is very fun

 

4. How would you encourage newcomers to try parkrun?

We use social media platforms like STRAVA, facebook, telegram and WhatsApp group to publicize parkrun activities especially to all social media friends, students as well as family members of the PERMATA IHSAN academy.

 

5. Have you ever volunteered at parkrun and would you motivate others to try volunteering at parkrun?

Yes, so far (2) times as Marshal. I'm really happy to be contributing energy and time for Precinct 18 parkrun. Yes, I will also invite other friends to join as a volunteer.

 

6. What are your personal ambitions in parkrun? What would you like to see happen to parkrun in Malaysia?

First, I want to be an example to my children and my students in the academy that by living a healthy lifestyle such as participating in a 5K run Precinct 18 parkrun will produce a healthy body and happy family.

 

Secondly, I hope more community friends and local will join family-friendly recreational activities in Putrajaya as well as parkrun activities, especially on every Saturday morning.

 

Finally, there are many interesting facilities and gardens in Putrajaya which are suitable to be used as the next park location such as the Saujana Hijau Park, Chancery Park, Wildlife Park, Wetland Park, Botanical Garden, Putra Perdana Park, and surrounding area. With consistent weekend activities such as parkrun, made by a dedicated group of volunteers this will indirectly promote and elevate Putrajaya communities as a healthy, clean and harmonious society.

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

1. Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda, Khaidir dan kelab yang anda wakili (sekiranya ada)? 

Nama saya Khaidir Bin Zakaria. Menetap di Presint 11, Putrajaya. Pengasas Akademi PERMATA IHSAN Putrajaya (dahulu dikenali dengan nama Kelas Putrajaya Prihatin) dan juga Putrajaya Park Runners Club (PPRC). Selain larian, saya juga berminat dengan sukan berkuda, mendaki gunung dan memanah tradisional. PPRC adalah sebahagian daripada Akademi PERMATA IHSAN. Tujuan utama menubuhkan PPRC ini adalah untuk mengalakkan semua pelajar dan juga ahli keluarga pelajar Akademi PERMATA beriadah bersama-sama pada hujung minggu seperti berjalan, berlari secara santai dan konsisten. Presint 18 parkrun adalah salah satu platform yang terbaik. Kami mahu semua pelajar kami mengamalkan gaya hidup sihat, aktif di dalam dan juga luar kelas. PPRC juga terbuka kepada semua rakan-rakan Komuniti Putrajaya yang mahukan gaya hidup sihat dan seimbang (work-life balance).

 

2. Bagaimana anda mengetahui tentang parkrun dan parkrun Malaysia? Apa pengalaman pertama parkrun anda?

Saya mengenali parkun secara tidak sengaja di applikasi STRAVA (Putrajaya Running Buddies) iaitu dari Pak Engku. Sebelum ini saya selalu berlari di Taman Saujana Hijau dan taman-taman sekitar Putrajaya secara solo dan bersama rakan2 pelari taman yang lain sekali sekala. Mula menyertai Presint 18 parkrun, pada 1 Jan 2019. Selepas melawat laman sesawang parkrun.my/presint18 dan membaca panduan penyertaan, saya terus daftarkan nama anak-anak dan isteri. Sejak itu, kami senantiasa usaha untuk menyertai parkrun secara displin dan konsisten.

 

3. Apa yang anda paling sukai di parkrun?

Perkara yang paling saya suka tentang parkrun adalah semangat kesukarelawanan pasukan yang begitu komited menguruskan aktiviti parkrun pada setiap awal pagi Sabtu. Ia juga membuatkan saya bersemangat untuk hadir. Selain itu, Ia juga tidak jauh dari tempat tinggal kami dan suasana larian di persisiran tasik juga menyeronokkan!

 

4. Bagaimana anda ingin menarik peserta baru untuk mencuba parkrun? 

Kami mengunakan platform media sosial seperti STRAVA, facebook, telegram dan WhatsApp group bagi menghebahkan aktiviti parkrun terutamanya kepada semua rakan-rakan media sosial, pelajar dan juga ahli keluarga Akademi PERMATA IHSAN.

 

5. Pernahkan anda menjadi sukarelawan dan bagaimana anda ingin memotivasikan yang lain untuk mencuba menjadi sukarelawan di parkrun? 

Ya, setakat ini baru (2) kali sebagai Marshal. Saya sangat gembira dapat menyumbang tenaga dan masa untuk Presint 18 parkun. Ya, saya juga akan mengajak rakan-rakan yang lain untuk turut serta sebagai sukarelawan.

 

6. Apakah matlamat peribadi anda di parkrun? Apakah harapan anda terhadap parkrun Malaysia? 

Pertama, saya mahu menjadi contoh kepada anak-anak saya dan anak-anak murid saya di Akademi PERMATA IHSAN bahawa dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menyertai larian 5K di Presint 18 parkrun akan menghasilkan tubuh badan yang sihat dan keluarga yang bahagia.

Kedua, harapan saya semoga lebih ramai rakan-rakan komuniti dan masyarakat setempat menyertai aktiviti riadah bersama keluarga di Putrajaya dan juga aktiviti parkrun khususnya pada setiap pagi Sabtu.

Dan yang terakhir, terdapat banyak kemudahan dan taman-taman yang menarik di Putrajaya dan sesuai untuk dijadikan lokasi parkrun seterusnya seperti di Taman Saujana Hijau, Taman Canseri, Taman Rimba Alam, Taman Wetland, Taman Botani, Taman Putra Perdana dan juga sisiran Putrajaya. Dengan adanya aktiviti riadah hujung minggu yang dibuat secara konsisten oleh kumpulan sukarelawan yang komited maka secara tidak langsung ia akan mempromosi dan menaikkan nama Putrajaya ke arah masyarakat yang sihat, bersih dan harmoni.

 

 

Older Posts this Month ⇒
⇐ Newer Posts this Month